8 Bahan Semulajadi Bantu Anak 'Picky Eater'

December 08, 2017
Assalamualaikum.. 

Anak picky eater memang buat mak pening. Habis cara,  habis google resipi ape la yang mungkin 'kena' selera anak kan. 

Akak pernah buat nugget ayam homemade. Dia boleh luah lepas dia kunya.  Akak letak ayam dan bayam.. 
(bayam mana ada rasa  😅)

Punca anak kurang selera makan a.k.a memilih makan ni adalah kerana sistem penghadaman anak yang kurang efektif. 

Selalu dikaitkan yang sembelit dengan kurang selera makan.  Mestilahkan.. Sayur pon anak tak makan. 

Perubatan tradisional cina pulak percaya yang punca kurang selera makan pada anak disebabkan gangguan fungsi hati. 

Hati berfungsi untuk detoks. Tapi bila hati tak berfungsi dengan baik, badan anak akan bermasalah.  Salah satu simptom adalah kurang selera makan. 

8 bahan semulajadi untuk menambah selera anak


1) Anggur

Buah ini memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik.

Oleh itu, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan.

Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya mereka lebih berminat untuk mencubanya.

2) Epal

Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif.

Kisarkan epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak anda lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. 

Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?

3) Tomato


Sesetengah sayuran seperti tomato juga mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan.

Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi.

Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!

4. ‘Banana Milkshake’

Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan.

Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. 

Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya.

Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kocak ini.

Wah, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!

5. Snek Makanan Kering



Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan.

Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan.

Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak kurang makan.

6. Halia


Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. 

Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman.

Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan anda. 

Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam lebih beraroma.

Jika anda terfikir untuk membelikan vitamin untuk anak anda, sebenarnya anda boleh membuat pes semulajadi dengan gabungan halia, lada hitam, dan jus lemon. 

Pes ini diadun dan diambil semasa perut kosong setiap hari. Insya Allah, anda akan dapat melihat kesannya dalam masa 15 hari.

7. Lada Hitam



Lada hitam boleh ditaburkan sedikit dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’. 

Beberapa jenis herba lain turut memiliki manfaat yang setara dengan halia dalam membantu proses pencernaan.

Lada hitam adalah salah satu daripadanya. Ia membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan.

Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng. Tambahkan dalam ‘garlic bread‘ pun sedap!

8. Kayu Manis



Herba kayu manis bukan saja boleh ditambah pada makanan berlauk, ia turut memberi kesedapan dalam kuih, roti, kek, minuman, serta banyak lagi pencuci mulut.

Selain kayu manis, kebanyakan herba dan sayuran lain yang berasa pahit seperti halba, peria, buah tunjuk langit membantu hempedu penghasilan jus pencernaan dalam badan.


Tapi mungkin ada cara yang lebih mudah untuk tingkatkan selera makan anak Anda
Lebih mesra kanak-kanak. 

Vita-Lea untuk kanak-kanak mengandungi multivatin yang melengkapkan jurang nutrisi dalam pemakanan anak. 

Ini penting untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.. 

Selera anak akan bertambah.. 

Milk Shakes adalah minuman yang sedap.  Pasti anak tak akan menolak.
Mengandungi sumber yang kaya dengan kalsium, serat makanan dan protien.. 

Ibu boleh contact saya (kak hidayah) 

WA/call/mesej

http://www.wasap.my/60132227532

Tq so much sudi membaca.  Boleh drop komen. Mungkin ada hadiah misteri menanti.. Heeheh.. 

Semoga artikle ni membantu
Sumber gambar:pinterest

No comments:

Powered by Blogger.