10 Tips Murah Rezeki

December 15, 2017
Manusia dan rezeki.

Bukak mata ape terlintas. Nak makan apa. Sebelum tidur dah target sales..

Rezeki sangat subjektif dan Allah tak pernah salah buku catatan Dia. Jika itu rezeki kita, macamna seluruh manusia menghalang tetap akan jadi rezeki kita.

Ada antara kita merasa perit tidak berharta, tapi ada sahaja yang berasa cukup apa yang ada.

Ada yang duit dalam poket tinggal RM 10 dah susah hati. Ada yang duit seringgit pun masih Ok lagi.

Allah tak uji kita sesuatu yang kita tak mampu.
Hidup harini semua perlukan rezeki (duit, kesihatan)

Tahun depan 2018, nak start sesi perskolahan baru. Anak sorang pon terasa apatah lagi beranak ramai.

Nak taknak kalau orang cakap "tak cukup ke ape yang ada?" Alhamdulillah masih cukup-cukup tanggung hidup. Kadang saving nak bagi mak pon tak ade. Worthless je hidup.

Jadi jom kita.. Usaha sedaya upaya sampai ketulang. Biar keluar peluh jantan. Tapi jangan lupa Allah pemegang kunci rezeki kita dan dia tahu semua lembaran rahsia hidup kita.

Akak share bukan bermakna akak cukup bagus dan akak dah buat semua. Tak. Tapi akak nak berubah. Nak ajak yang lain juga berubah. Tips ni tak rugi kalau kita ikut sebab semua kebaikan tu akan kembali pada kita.

 Akak rasa 2 dalil ni cukup kuat nak galakkan kita istighfar..

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,

FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA :  “MOHONLAH AMPUN KEPADA RABB KALIAN, SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA PENGAMPUN, NESCAYA DIA AKAN MENGIRIMKAN HUJAN KEPADAMU DENGAN LEBAT (MELIMPAH RUAH MEMBAWA KEBAIKAN), DAN MEMBANYAKKAN HARTA DAN ANAK-ANAKMU, DAN MENGADAKAN UNTUKMU KEBUN-KEBUN DAN MENGADAKAN (PULA DI DALAMNYA) UNTUKMU SUNGAI-SUNGAI (YANG PENUH DENGAN KEBAIKAN DAN MANFAAT).” (SURAH NUH AYAT 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W,

” BARANGSIAPA MEMPERBANYAK ISTIGHFAR MAKA ALLAH AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA KEDUKAANNYA, MENYELESAIKAN SEGALA MASALAHNYA DAN MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA. (RIWAYAT AHMAD, ABU DAUD, AN-NASA’I, IBNU MAJAH DAN AL-HAKIM DARI ABDULLAH BIN ABBAS R.A)

Punca rezeki liat tau apa.. Tu haaa karat dosa kita. Magnet tarik rezeki tak kuat. Sebab karat.

Rasululullah istighfar beribu kali sehari. Tu Rasulullah tak dak dosa. Kita ni?  Hari-hari cipta dosa.

Jangan pulak niat istighfar sebab nak Allah bagi rezeki.  Tapi niat kan..  Allah ampun dosa kita.  Allah sayang kita.  Allah akan jaga kita. Nanti kita mintak apa kat Dia,  Dia tak segan nak bagi..
 Ibadah ade dua jenis.
Ibadah khusus tu memang wajib buat dah.

Ibadah umum banyak dan lebih luas lagi.

Ibadah umum ni termasuk la yang sunat tu.
Solat dhuha,  solat tahajud.
Ni antara dua solat kegemaran Rasulullah.
Antara solat yang mustajab bila kita mintak dengan Allah.

Solat dhuha diwaktu kita busy di siang hari.
Solat tahajud ketika semua orang tidur kita bangun sujud dengan Dia ( jangan sampai terlajak tak solat subuh)

InsyaAllah kita sama-sama usahakan dua solat ni.

Sekali lagi nak ingatkan.  Jangan kita niat nak dapat rezeki banyak dari buat tu. Kita nak Allah redha.  Lepas Allah redha dengan hidup kita,  InsyaAllah mudah urusan kita.

 ibadah tak semestinya atas sejadah. Ibadah mudah dibuat tapi mudah jugak dilupa..
 Dosa ni punca karat kat hati tu.

Ubat nak buang karat adalah istighfar.
Manusia tak kan sehari tak buat dosa.

Tengah menulis ni pon boleh buat dosa dan tu hakikat manusia. Normal.  Tapi jangan rasa biasa la tu..  Tak tak! Kita ni kalau tak mintak ampun dengan Allah,  dengan sapa lagi kita nak mintak belas kasih.

Harta dunia tak bawak mati.  Tapi dosa pahala tu la yang Allah nk tengok.  Hati kita tu.
Rugi la kalau kita kaya tapi jauh dari Allah. Takut sangat istidraj dari Allah.
Allahu..
Mak abah kita
Mertua kita
Kunci rezeki kita.
Berbuat baik tu definisi nya luas.
Carilah cara terbaik untuk berbuat baik dengan mak abah kita.
Tadi akak nangis.  Akak sedih tengok abah. Maaf abah.. Angah tak mampu lagi nak bagi kesenangan untuk abah.  😭😭. Akak nak kaya sebab orang sekeliling akak.  Bukan nk sogok duit.  Tapi tak mau dah tua-tua pi ladang.  Allah ja tahu perasaan akak ni.

"YaAllah,  berilah aku peluang tu.  Nak beli kerusi urut bila abah lenguh badan.  Boleh bagi mak makan makanan terbaik untuk sakit mak.. "

Doa ni doa special Rasulullah untuk anak angkat Baginda,  Anas bin Malik(nama timangan beliau -unais)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika nak baca doa ini untuk diri sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yang bersesuaian. (refer cikgu bahasa arab okeh)
AJAIB.

Kuasa sedekah ni sapa yang pernah lalui je boleh rasa.
Seriusly,  sangat power.

Sedekah tak kurangkn harta tapi makin bertambah. Ajaib kan.

Kuncinya kena IKHLAS. jaga niat semasa hulurkan sedekah kita. Mudah-mudahan suci niat kita.  Sama-sama apply ok..

“PERUMPAMAAN (NAFKAH YANG DIKELUARKAN OLEH) ORANG-ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH ADALAH SERUPA DENGAN SEBUTIR BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH BULIR, PADA TIAP-TIAP BULIR SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN (GANJARAN) BAGI SIAPA YANG DIA KEHENDAKI. DAN ALLAH MAHA LUAS (KARUNIA-NYA) LAGI MAHA MENGETAHUI.” (AL BAQARAH: 261)
Bantu mereka yang buntu,  perlukan nasihat,  orang yang sakit,  orang fakir lagi lemah, orang kurang upaya, orang tua.

Orang yang sesat kita tunjukkan jalan..
Dia sedang usaha cari sumber pendapatan kita ajarkan dia sebaik mungkin hingga dia berjaya macam kita.

Allah luaskan rezeki kita.

“TIDAKLAH KAMU DIBERI PERTOLONGAN DAN DIBERI REZEKI MELAINKAN KERANA ORANG-ORANG LEMAH DI KALANGAN KAMU.” (HADIS RIWAYAT BUKHARI)

Nabi SAW bersabda maksudnya

“CARILAH UNTUKKU ORANG-ORANG LEMAH KERANA HANYA KITA DIBERI REZEKI DAN DIBANTU SEBAB ORANG-ORANG LEMAH DARI KALANGAN KAMU.” (HADIS RIWAYAT AHMAD, MUSLIM, IBNU HIBBAN, AL HAKIM)
Yang ni pun ajaib.  Serius ni.

Ada kawan nak kawen. Kita bantu dia. Mudahkan urusan dia.
Ada kawan nak mintak tolong kita. Kita tolong dengan lapang dada
Ada adik beradik nak pinjam duit,  hulurkan saja.  Pejam mata.

Jika kita mudahkan urusan orang lain,  Allah permudahkan urusan kita.

“SIAPA YANG MENUNAIKAN HAJAT SAUDARANYA MAKA ALLAH AKAN MENUNAIKAN HAJATNYA…” (HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Bagi kita ni online seller ni,  networking dengan seller lain mesti dah biasa buat.

Makin ramai kita kenal,  makin luas peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda

“BARANG SIAPA INGIN DILAPANGKAN REZEKINYA DAN DILAMBATKAN AJALNYA MAKA HENDAKLAH DIA MENGHUBUNGI SANAK-SAUDARANYA (MENJALINI SILATURAHIM)” (HADIS RIWAYAT BUKHARI)
Alu-alukan tetamu bukan halau.  Tetamu biasanya bawak rezeki kat tuan rumah.

Beri yang terbaik untuk tetamu kita.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,

“WAHAI ALI ! ANJURKANLAH BERBUAT BAIK KEPADA MEREKA YANG SEDANG CERIA WAJAHNYA. DAN HORMATILAH TETAMU SEBAB REZEKI TETAMU YANG SINGGAH KERUMAH SESAORANG PUN IKUT SINGGAH DI SITU. DAN KALAU IA MENINGGALKAN RUMAH ITU, DOSA PENGHUNI RUMAH ITU LENYAP BERSAMA KEPERGIAN TETAMU TERSEBUT. LALU TERHAPUSLAH DOSA-DOSA ITU JAUH DITENGAH LAUTAN.”

No comments:

Powered by Blogger.